You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.

Muat turun...

DASAR PENGANGKUTAN NEGARA 2019-2030

Memandangkan pertumbuhan pesat sektor pengangkutan dalam 10 tahun kebelakangan ini serta kedudukan Malaysia sebagai salah satu hab pengangkutan di rantau Asia Tenggara, penyediaan satu Dasar Pengangkutan Negara adalah menjadi satu keperluan utama.

Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 telah digubal melalui kerjasama yang rapat di antara sektor kerajaan dan swasta. Semenjak September 2016, lebih 150 orang ahli dari sektor kerajaan, akademik dan wakil-wakil dari sektor swasta telah terlibat dalam beberapa siri bengkel, perbincangan kumpulan fokus dan mesyuarat bagi menggubal kandungan dasar ini.

VISI

Membangunkan sektor pengangkutan mampan yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong kesejahteraan rakyat seiring dengan status negara maju

OBJEKTIF

Seiring dengan pencapaian pembangunan yang berterusan, adalah penting untuk Malaysia mempunyai dasar pengangkutan yang boleh menyokong matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025.

Logo Jata Kementerian Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan Malaysia
No.26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,
62100 W.P Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Emel: aduan@mot.gov.my

Media Sosial

Ikuti kami di sini: