You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.

Muat turun...

DPN MOT 2019-2030

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari sebuah negara yang berasaskan tani kepada sebuah negara perindustrian yang moden. Pertumbuhan ekonomi Malaysia telah disokong oleh pembangunan dalam sektor pengangkutan. Malaysia telah membina lebih 200,000 km jalan dan 2,900 km rel serta 18 pelabuhan dan 22 lapangan terbang yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran Asia Tenggara dan global.

Sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama bagi pembangunan sosioekonomi negara ini. Kecekapan sistem pengangkutan negara berkait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi dan aktiviti perdagangan. Pada tahun 2017, subsektor pengangkutan dan pergudangan menyumbang 3.6% kepada KDNK dengan nilai sebanyak RM48.8 bilion dan 8.8% kepada nilai tambahan sektor perkhidmatan. Subsektor ini berkembang pada kadar purata 5.6% setahun di antara tahun 2005-2017 dan diunjurkan akan berkembang pada kadar 8.9% atau lebih di masa hadapan.

    Video Montaj Pelancaran
    Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

    Status Semasa Infrastruktur Pengangkutan

    Perbandingan Dari Tahun 2016 dengan Tahun 1995
    jalan raya
    JALAN RAYA

    3.9x peningkatan dalam rangkaian jalan raya hanya 8.3% daripada keseluruhan rangkaian jalan raya merupakan jalan persekutuan

    trek keretapi
    LANDASAN REL

    2.8x peningkatan dalam rangkaian rel di mana 39% merupakan landasan berkembar

    pelabuhan
    PELABUHAN

    Peningkatan bilangan pelabuhan negeri sebanyak 10 buah dari 5 buah

    lapangan terbang
    LAPANGAN TERBANG

    Peningkatan bilangan lapangan terbang antarabangsa sebanyak 6 buah dari 5 buah

    Trend Dan Implikasi Mobiliti

    ekonomi
    EKONOMI

    Di Kuala Lumpur, 10% pendapatan isi rumah digunakan untuk pengangkutan berbanding 4% di Tokyo dan Hong Kong

    alam sekitar
    ALAM SEKITAR

    Sebahagian besar pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan adalah daripada pengangkutan darat, yang melibatkan 90% (48,200 ktan) & 67% adalah daripada kereta

    keselamatan
    KESELAMATAN

    Kadar kematian 24 orang bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 10.7 di Korea, 33.5 di Thailand dan 19.7 di Indonesia

    Kongsikan

    Cadangan/Maklum Balas Anda!

    Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 digubal dengan visi untuk membangun sektor pengangkutan mampan yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong kesejahteraan rakyat seiring dengan status negara maju. Anda dijemput untuk mengemukakan cadangan dan maklum balas mengenai Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.

    KLIK SINI!
    Logo Jata Kementerian Pengangkutan

    Kementerian Pengangkutan Malaysia
    No.26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,
    62100 W.P Putrajaya
    Tel: 03-8000 8000
    Emel: aduan@mot.gov.my

    Media Sosial

    Ikuti kami di sini: