Muat turun...
Sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama bagi pembangunan sosioekonomi negara ini. Kecekapan sistem pengangkutan negara berkait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi dan aktiviti perdagangan. Pada tahun 2017, subsektor pengangkutan dan pergudangan menyumbang 3.6% kepada KDNK dengan nilai sebanyak RM48.8 bilion dan 8.8% kepada nilai tambahan sektor perkhidmatan. Subsektor ini berkembang pada kadar purata 5.6% setahun di antara tahun 2005-2017 dan diunjurkan akan berkembang pada kadar 8.9% atau lebih di masa hadapan.
Sumbangan pandangan anda amat bernilai untuk membentuk masa depan pengangkutan negara. Sertai soal selidik ini dan bantu kami mewujudkan dasar pengangkutan yang mesra rakyat, selamat, dan mampan demi kesejahteraan bersama.